Penternakan Ikan Air Tawar Menjadi Tarikan Baharu ILD Perak

14 Feb 2023 – ILD Perak telah mengorak langkah baharu dengan pelaksanaan projek penternakan ikan air tawar di tasik ILD Perak sebagai tarikan baharu. Projek ini telah mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Perak yang telah menyumbang sebanyak 5000 ekor benih ikan tilapia merah sebagai permulaan projek tersebut.  Pelepasan anak ikan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah ILD Perak Encik Mohd Zahurin bin Ramli disaksikan oleh wakil dari Jabatan Perikanan Negeri Perak sebagai simbolik pelaksanaan program.   ILD Perak juga telah menerima sumbangan 3 buah tong pembiakan ikan yang bakal digunakan sebagai tempat pembenihan anak ikan.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200