Kursus Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan

Disediakan oleh:
Syafifiee Binti Samat

Pusat Pembangunan Kompetensi ILD UiTM telah menganjurkan Kursus Pegawai Rekod Jabatan dan
Pembantu Tadbir Rekod Jabatan usahasama dengan pihak Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
dan Arkib Negara Malaysia dimana kursus ini telah berlangsung selama 2 hari di ILD UiTM Bandar
Enstek pada 21 – 22 Februari 2023. Seramai 36 peserta yang terdiri daripada Pegawai Rekod Jabatan
(PTJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) lantikan baru telah hadir dengan jayanya sehingga
sesi penutup. Kursus ini telah dibuka dengan ucapan daripada YBrs. Encik Ahmad Amiri, Ketua
Jabatan Arkib Universiti PTAR Shah Alam. Barisan penceramah seramai 4 orang telah dilantik bagi
menjayakan kursus ini dimana dua orang daripadanya adalah merupakan Pegawai Arkib dari Arkib
Negara Malaysia iaitu Puan Qahera Alian, Pegawai Arkib Kanan dan Encik Mohamad Asyek Che
Yaacob, Pegawai Arkib.

Sepanjang sesi latihan dijalankan, para peserta telah didedahkan dengan ilmu pengurusan rekod
arkib termasuklah peranan dan tanggungjawab PTJ dan PTRJ bagi mengadakan kawalan secara
efisien dan sistematik ke atas pewujudan, penyenggaraan dan pelupusan rekod di sesuatu
organisasi. Diharap segala yang dikongsikan daripada kursus ini akan memantapkan lagi
pengetahuan para peserta dan diamalkan secara konsisten melalui pengurusan rekod yang
cemerlang di jabatan masing-masing mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200