Disediakan oleh:

Nurliyana Azib Noor, PKA ILD UiTM

 

Pusat Kepimpinan Akademik (PKA) telah memulakan latihan di tahun 2023 dengan penganjuran siri pertama Kursus Higher Education Teaching and Learning (HETL).  Bertempat di Bilik Sarana 2, 3 dan 4, ILD UiTM Bandar Enstek, kursus ini telah berlangsung selama enam hari dari 28 Januari hingga 2 Februari 2023.  Seramai 80 peserta telah dijemput untuk menyertai kursus ini.

Objektif utama kursus adalah untuk memperkenalkan peserta yang merupakan pensyarah baharu UiTM dalam ekosistem pembelajaran dan pengajaran yang lebih kreatif, berkesan, dan bertanggungjawab. Selain daripada pendedahan kepada konsep falsafah pendidikan negara dan perkaitannya kepada falsafah, misi dan visi UiTM, para peserta turut mendalami konsep-konsep penting Education 5.0@UiTM dalam memastikan keberhasilan pembelajaran Abad ke -21 pelajar menerusi reka bentuk kurikulum yang relevan, pendekatan pengajaran inovatif berteraskan teknologi serta penilaian adaptif dan holistic.

Secara keseluruhannya, terdapat 22 modul yang telah dikongsi oleh 16 orang pakar dalaman UiTM. Syukur Alhamdulillah kursus telah dilaksanakan dengan jayanya dan selesai mengikut jadual.  Siri kedua HETL dijangka akan menyusul pada pertengahan bulan Mac seperti mana dalam perancangan PKA 2023.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200