Oleh:

Penjawat Awam Bersama Tangani Jenayah Komuniti

Ts. Mohd Rafizi Rahmad, ILD UiTM

 

Penjawat awam boleh memainkan peranan penting dalam menggelakkan kejadian jenayah dalam komuniti. Ini kerana, sebahagian dari salahlaku dalam masyarakat bukan dilakukan oleh penjenayah sebaliknya terjadi kerana desakan hidup atau keadaan-keadaan lain yang memaksa. Penjawat awam boleh memainkan peranan sebagai ejen yang memaklumkan kepada masyarakat peranan jabatan kerajaan dan NGO yang boleh membantu meringankan beban sekiranya masyarakat dalam kesusahan. Polis hari ini berperanan sebagai sebuah pasukan yang menguatkuasakan undang-undang melalui kaedah mendidik dan bukan lagi menghukum. Sebolehnya pendekatan menasihat dipilih dalam menjelaskan kepada masyarakat tentang perkara melibatkan penguatkuasaan undang-undang. Demikian dinyatakan oleh SAC Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman pada Program Pemantapan Staf ILD UiTM pada 23 November 2022 di ILD UiTM Bandar Enstek. Program dihadiri warga kerja ILD UiTM Bandar Enstek dan dipancarkan secara dalam talian kepada warga kerja ILD Perak, Kampung Gajah. Warga kerja UiTM dari UITM Shah Alam, Pusat Asasi UiTM Dengkil dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan turut hadir pada program tersebut.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200