Sesi Perbincangan Dan Lawatan Tapak Bagi Persediaan Program Transformasi Minda (PTM) Jabatan Perikanan Malaysia Bagi Tahun 2023

1 Disember 2022 - Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek dengan berbesar hati telah menerima kunjungan daripada Jabatan Perikanan Malaysia untuk Sesi Perbincangan dan Lawatan Tapak sebagai persediaan untuk cadangan pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) Jabatan Perikanan Malaysia bagi tahun 2023 yang akan menggunakan kemudahan di ILD UiTM.

Delegasi Jabatan Perikanan Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Modal Insan telah diwakili oleh Encik Mohamed Ridzuan Mohamed Alias bersama Puan Intan Mawarni Mohamed Zain dan Encik Abdul Rasyid Kasman. Manakala bagi pihak ILD UiTM, Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Puan Siti Ainun Mardiah Jamaludin, Puan Hanisah Ghazali, Cik Azwani Arif dan Encik Muhammad Wafiy Yahya telah bersama-sama menerima kunjungan delegasi Jabatan Perikanan Malaysia.

Sesi perbincangan telah dimulakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Prima dengan ucapan alu-aluan oleh Ts. Mohd Rafizi Rahmad disusuli dengan penerangan ringkas mengenai latar belakang ILD UiTM, fungsi pusat-pusat dan juga kemudahan yang disediakan. Seterusnya Encik Mohamed Ridzuan Mohamed Alias turut menzahirkan hasrat Jabatan Perikanan mengenai cadangan untuk melaksanakan program PTM di ILD UiTM. Sasaran peserta bagi Siri 1 dijangka melibatkan 60 orang pegawai dan akan diadakan pada bulan Februari 2023. Tarikh sebenar akan dimaklumkan selepas menerima kelulusan di peringkat Pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia. ILD UiTM juga telah menyatakan persetujuan untuk menyediakan penceramah bagi modul yang berkaitan mengikut keperluan pihak Jabatan Perikanan Malaysia.

Sedikit mengenai latar belakang program. Program Transformasi Minda (PTM) merupakan salah satu syarat wajib untuk membolehkan pegawai-pegawai lantikan baharu untuk pengesahan jawatan dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam.

Adalah menjadi harapan kepada ILD UiTM untuk menyediakan perkhidmatan terbaik mencakupi kemudahan fasiliti dan prasana yang selesa sesuai untuk penganjuran kursus di ILD UiTM Bandar Enstek. Semoga peluang kolaborasi seperti ini dapat dimanfaatkan oleh warga ILD UiTM dalam rangka menuju “Global Renowned University (GRU) 2025”.


Disediakan oleh ;

Siti Ainun Mardiah Jamaludin
Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi Korporat
Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200