11 Mei 2023 (Khamis), PTAR 1 UiTM Shah Alam.

 

Bengkel Myportfolio dan JD - HRMIS Bersama kampus Cawangan dan Fakulti Universiti Teknologi MARA.

 

Seramai 5 orang staf ILD UiTM menyertai bengkel ini. Antara yang terlibat Encik Zahurin Mohd Ramli, Timbalan Pendaftar, Puan Siti Ainun Mardiah Jamaludin, Penolong Pendaftar Kanan, Encik Mohd Saiful Nizam Suhaimi, Pegawai Eksekutif Kanan, Encik Azrul Rizai Zainal Abidin Penolong Jurutera dab Puan Norazizah Hamzah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini myPortfolio menggunakan sistem HRMIS.  KemasukanmyPoerfolio dalam sistem HRMIS juga merupakan salah satu daripada empat KPI bagi NaibCanselor Universiti Awam yang dipantau secara mingguan.  Majlis Sumber Manusia Bil. 72 pada 18 Januari 2023 telah bersetuju supaya semua staf UiTM mengemaskini MyPortfolio di dalam Sistem HRMIS. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200