UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Lebuh Enstek, Bandar Enstek
Nilai 71760, Negeri Sembilan
ild@uitm.edu.my
faridahms@uitm.edu.my
+6 (06) 7580 200
+6 (06) 7580 369

Courses List (for Public)

CE201 Operational Excellence

Description
Operational Excellence atau Kecemerlangan Operasi adalah fokus kepimpinan bagi sesebuah organisasi bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi keperluan pelanggan walaupun proses kerja melibatkan banyak peraturan-peraturan terpakai. Pemantauan kecemerlangan operasi secara konsisten mengikut prosedur ditetapkan akan menjamin keberkesanan proses ini. Peningkatan produktiviti dan kualiti memerlukan proses penambahbaikan berterusan melalui percambahan idea kreatif dari pekerja dan amalan secara berkesan. Aktiviti ini merupakan usaha penambahbaikan yang amat praktikal yang membantu meningkatkan kecekapan proses di tempat kerja supaya lebih produktif dan cekap.

Objectives:
1. Memahami fokus pengurusan lean untuk kecekapan proses dalam sistem
pengeluaran atau operasi
2. Memahami teknik lean untuk memaksimakan pengeluaran dan operasi
pada kos yang rendah
3. Mengetahui kaedah pelaksanaan pengurusan lean di tempat kerja secara
berkesan
4. Menghasilkan nilai tambah produk secara berterusan

Approach:
Ceramah
Perbincangan kumpulan
Persembahan

CE202 Penulisan Kreatif

Description:
Penulisan kreatif merangkumi kemahiran menulis dokumen rasmi dengan kepelbagaian jenis yang membantu staf meningkatkan kompetensi dalam bidang penulisan berimpak tinggi. Staf pengurusan dan profesional perlu mempunyai kompetensi penulisan kerana berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada pihak-pihak berkepentingan. Contohnya kertas kerja, cadangan dan teks ucapan.

Objective:
1. Memberikan pengetahuan berkenaan teori dan jenis-jenis
dokumen rasmi
2. Meningkatkan kemahiran staf dalam penulisan dokumen
bagi meyakinkan pihak-pihakn berkepentingan

Approach:
Ceramah
Perbincangan
Kerja berkumpulan
Pembentangan

CE203 Transformasi Pengkomersialan & Konsultansi

Description:
Meningkatkan ilmu dan kepakaran staf dalam penghasilan produk untuk dikomersilkan dan meningkatkan kepakaran konsultansi bagi meningkatkan imej dan kepakaran staf UiTM.

Objective:
1. Meningkatkan ilmu dan kepakaran staf dalam
pengkomersilan produk dan konsultansi
2. Memantapkan kemahiran staf dalam pengendalian
pemasaran produk dan konsultansi

Approach:
Ceramah
Role play
Pembentangan

CE204 Penyeliaan Sumber Berkesan

Description:
Kursus ini memberi ilmu dan kemahiran staf pengurusan dan profesional dalam teknik penyeliaan sumber di bawah seliaannya. Sumber-sumber di bawah seliaan sesebuah organisasi terdiri daripada sumber manusia, kewangan, aset dan kelengkapan pejabat.

Objectives:
1. Memberikan pengetahuan berkaitan teknik penyeliaan
sumber di bawah seliaan kumpulan pengurusan dan
profesional.
2. Memantapkan kemahiran penyelia dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya terhadap jabatan.

Approach:
Ceramah
Perbincangan
Kerja Kumpulan
Pembentangan

CE205 Tadbir Urus UiTM

Description:
Tadbir urus didefinisikan sebagai tindakan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketulusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran.
Tadbir urus yang baik dan berkesan bermaksud cara melaksanakan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil yang meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan

Objective:
1. Memberikan pendedahan ilmu tadbir urus kepada peserta.
2. Meningkatkan proses pembangunan tadbir urus yang baik dan berkesan
3. Meningkatkan kefahaman peserta terhadap tadbir urus di UiTM
4. Menyemai dan meningkatkan keyakinan warga UiTM terhadap keupayaan
pengurusan universiti untuk melaksanakan tadbir urus yang telah
diwartakan.
5. Mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan UiTM.

Approach:
Ceramah
Perbincangan
Kerja Kumpulan

CE206 Pengurusan Sumber Manusia

Description:
Pengurusan sumber manusia memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan atau matlamat pengurusan organisasi. pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan akan menghasilkan individu yang berkualiti, produktif dan meminimumkan masalah yang melibatkan staf. Pengurus sumber manusia memainkan peranan penting dalam memastikan perancangan dan operasi organisasi berjalan dengan lancar dengan memilih staf yang berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu tugas, membangunkan dan pengekalan staf.

Objective:
1. Memberi pendedahan ilmu pengurusan sumber manusia kepada pentadbir di
PTJ supaya dapat memastikan staf mampu menjalankan tugas dengan cekap
dan berkesan dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian
matlamat organisasi.
2. Mempelajari teknik-teknik penguption

Approach:
Ceramah
Perbincangan Kes

CE207 Pengurusan Kualiti Jabatan

Description :
Pengurusan kualiti jabatan merupakan latihan yang melibatkan usaha untuk memantapkan operasi jabatan mengikut piawai yang telah ditetapkan dalam dokumen kualiti. Pengurusan kualiti menyeluruh melibatkan pematuhan dokumen ISO, pembudayaan 5S, berinovasi melalui Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dan lain-lain. Pencapaian ini adalah pemangkin ke arah inovasi bagi menjamin produktiviti kerja.

Objective :
1. Mengukuhkan pengetahuan para peserta terhadap pengurusan dan
penyelenggaraan dokumen kualiti
2. Memberikan kesedaran kepada peserta impak pembudayaan kualiti
berterusan
3. Memberikan pendedahan teknik-teknik berkaitan pengurusan kualiti jabatan

Approach :
Ceramah
Perbincangan Kumpulan
Pembentangan

CE208 Ketahui Potensi Diri

Description :
Setiap manusia mempunyai kelebihan dalam diri masing-masing, yang mana kelebihan itu berbeza antara satu sama lain. Kelebihan-kelebihan ini merupakan potensi yang dikurniakan Tuhan demi kebaikan manusia. Potensi sedia ada sekiranya tidak disedari kewujudannya serta dipupuk dengan baik, akhirnya akan hilang begitu sahaja. Usaha-usaha perlu dilakukan bagi membina serta meningkatkan potensi diri pekerja bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan yang bermakna terhadap hidup juga pekerjaan mereka

Objective :
1. Mengenalpasti potensi serta bakat yang ada dalam diri masing-masing.
2. Menjadikan peserta lebih prihatin terhadap kemampuan diri sendiri
3. Mengambil tindakan ke arah memajukan diri sendiri.
4. Menjadikan peserta sebagai pekerja berpengetahuan.
5. Membolekan peserta memberikan sumbangan yang optimum terhadap
organisasi dan pekerjaan mereka.

Approach :
Ceramah
Soal selidik
Latihan Dalam Kumpulan
Tayangan Video

CE209 Microsoft Word for Administrators (Intermediate)

Description :
Kursus ini bertujuan untuk memberi meningkatkan kemahiran staf berkenaan fungsi-fungsi lanjuran yang tersedia dalam perisian Microsoft Office Word kepada peserta kursus. Melalui pendedahan ini, peserta kursus dapat memanfaatkan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word bagi meningkatkan lagi kualiti kerja, produktiviti dan menjimatkan kos. Seterusnya ia akan memupuk Budaya PERDANA di tempat kerja dan menjadikan organisasi yang cemerlang.

Objective :
1. Mengembangkan kemahiran staf dalam penggunaan Ms Word peringkat
pertengahan.
2. Meningkatkan peranan staf dalam jabatan.
3. Mendedahkan fungsi-fungsi lanjutan yang ada dalam perisian Microsoft
Office Word.
4. Memberikan pemahaman berkenaan kegunaan fungsi-fungsi yang sering
digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen.
5. Mendedahkan teknik dan tips dalam menghasilkan dokumen secara
professional.
6. Menerap Budaya PERDANA UiTM.

Approach :
Ceramah
Praktikal

CE210 Microsoft Excel for Administrators : Basic

CE211 Impacful Presentation using MS Powerpoint : Intermediate

CE308 Advanced MS Powerpoint

CE212 Microsoft Access

CE309 Project Management : Intermediate

CE213 Kursus Asas Komputer (Pengenalan & Penyelenggaraan)

CE214 Adobe Premiere : Basic/Intermediate

CE215 Adobe Photoshop : Intermediate

CE216 Adobe Ilustrator : Intermediate

CE310 Pra Persaraan

Description :
Kursus Pra Persaraan bertujuan untuk memberi taklimat mengenai persediaan kepada bakal pesara dalam tempoh dua tahun sebelum tarikh persaraan wajib

Objective :
1. Memberi penjelasan proses persaraan di peringkat UiTM dan peringkat JPA serta kaedah pengisian borang
2. Memberi pengetahuan mengenai faedah-faedah persaraan yang diterima oleh pesara yang (pencen) dan yang memilih skim KWSP
3. Memberi penerangan persiapan yang perlu dari aspek kesihatan
4. Memberi pengetahuan pengurusan kewangan selepas bersara
5. Memberi maklumat peluang mengisi masa lapang yang boleh menjana pendapatan sampingan
6. Memberi pendedahan aktiviti-aktiviti oleh pesara yang aktif dan berjaya
7. Memberi penjelasan manfaat menjadi Ahli Persatuan Pesara UiTM (PESUTIMA)

Approach :
1. Ceramah
2. Tayangan Video
3. Perkongsian
4. Soal-jawab

CE301 Becoming Critical & Analytical Thinker

Description :
Everyone thinks. It is our nature to do so. But much of our thinking, left to itself, is biased, distorted, partial, uninformed, or downright prejudiced. Yet, the quality of our life and that of what we produce, make, or build depends precisely on the quality of our thought.

Critical thinking is self-guided, self-disciplined thinking which attempts to reason at the highest level of quality in a fair-minded way.

Objective :
1.This course brings you well-tested and practical problem solving technique.
2.Raises vital questions and problems, formulating them clearly and precisely
3.Comes to well-reasoned conclusions and solutions, testing them against relevant criteria and standards
4.Communicates effectively with others in figuring out solutions to complex problems

Approach :
1. Interactive Lectures
2. Discussion
3. Classroom Workshop
4. Presentation

CE302 Transformasi Diri

Description :
Setiap organisasi memerlukan pekerja-pekerja yang cemerlang untuk memacu ke arah pencapaian misi serta visi organisasi. Selain itu mereka juga perlu membentuk sikap positif serta membina kemahiran menimba ilmu untuk menjadikan mereka pekerja yang cemerlang.

Objective :
1. Mendedahkan dan meransangkan pemikiran para peserta terhadap cabaran-cabaran kerjaya masa kini.
2. Mengukuhkan keperibadian dan kesungguhan memajukan kerjaya dan organisasi.
3. Untuk menanam sikap bekerjasama dan menjalankan tugas.

Approach :
Ceramah
Latihan dalam kumpulan

CE303 English Communication For Supporting Staf

CE304 Business Communication for Administrators

CE305 Pengurusan Kewangan Jabatan

CE306 Pengurusan Hospital dan Fasiliti Kesihatan

Description :
Pengurusan hospital telah muncul sebagai salah satu disiplin ilmu yang penting dalam industri kesihatan di dalam menggabungkan aspek perubatan, praktikal, sosial, dan ekonomi dengan memastikan pengurusan dan perkhidmatan hospital berjalan lancar dan berkesan. Ianya memastikan institusi mencapai misi dan visi penyampaian perkhidmatan kepada pesakit menerusi pengurusan hospital yang kompeten, efisien dan profesiona. Pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan hospital telah menunjukkan corak permintaan yang semakin meningkat bagi mewujudkan aset tenaga kerja perkhidmatan penjagaan perubatan yang berkualiti tinggi serta disokong oleh fasiliti kesihatan yang moden. Sistem pengurusan hospital yang berkesan merupakan kepakaran di dalam mengintegrasikan pelbagai faktor menerusi pertimbangan ekonomi, kewangan, sosial, dan profesional bagi mengekalkan kualiti perkhidmatan dan memastikan keselamatan dan keselamatan pesakit keseluruhannya. Pengurusan hospital amat diperlukan di dalam proses penambahbaikan sistem, fasiliti, pengurusan dan tenaga kerja sesebuah institusi perkhidmatan jagaan kesihatan di hospital, pusat kesihatan dan klinik. Pengagihan sumber peruntukkan secara efisien dan justifikasi keperluan kos berdasarkan keperluan pesakit dalam di setiap jabatan di hospital dihitung berdasarkan kos pemberat untuk setiap kes pesakit dengan keadaan yang spesifik yang dicerap di jabatan tersebut dan di klasifikasikan berdasarkan diagnosis secara klinikal.

Objective :
Menghasilkan pegawai universiti yang berilmu pengetahuan, berkemampuan menjadi pengurus yang berfikir dan mengembangkan ilmu yang akan mencetuskan inovasi dan kreativiti di dalam Pengurusan Hospital Pengajar Universiti, Pusat Pakar Perubatan dan Fasiliti Kesihatan UiTM.

Approach :
Ceramah
Latihan Amali
Lawatan

CE308 Microsoft Excel for Data Analysis & Reporting

CE307 Microsoft Word for Data Analysis & Reporting: (Advance)

Approach :
Sasaran Peserta adalah:
Pengurusan & Profesional
Kumpulan Pelaksana 1

CE104 Penulisan Dokumen Rasmi UiTM : Surat Rasmi dan Kertas Kerja

Description
Bertujuan meningkatkan keupayaan staf dalam penulisan surat-surat rasmi dan kertas kerja dengan tatabahasa yang betul

Objective
1. Meningkatkan pengetahuan staf tentang penulisan surat rasmi dan kertas
kerja
2. Meningkat kemahiran dan kebolehan menulis dengan penggunaan
tatabahasa, sintaksis dan laras bahasa Melayu yang tepat dan betul.
3. Menerap prinsip PERDANA – Arif dan berilmu

Approach
Ceramah
Latihan
Pembentangan

CE105 Pengurusan Fail dan Dokumen Terperingkat

Description
Kursus ini akan membantu peserta mempertingkatkan kefahaman dalam pengurusan fail dan dokumen terperingkat supaya mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab pengurusan pejabat dengan baik.

Objective
1. Dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya amalan pengurusan
rekod yang baik dan sistematik.
2. Memahami kepentingan penyelenggaraan dan keselamatan rekod.
3. Mengamalkan sistem rekod dengan lebih sistematik agar dapat
memastikan urusan aktiviti harian tidak terjelas akibat kehilangan atau
kesilapan rekod.
4. Dapat mempertingkatkan pengetahuan mengenai teknik pengurusan fail di
peringkat penyusunan, penyimpanan, penjagaan dan pelupusan rekod.
5. Meningkatkan perkhidmatan dan imej organisasi

Approach
1. Syarahan
2. Perbincangan kumpulan
3. Tayangan video

CE106 Pengurusan Mesyuarat Berkesan

Description:
Mesyuarat adalah perbincangan formal antara dua pihak atau lebih untuk mencapai objektif bersama melalui proses komunikasi. Tujuan mesyuarat adalah untuk penyampaian dan pertukaran maklumat, membincangkan kerjasama projek, penyelarasan dan komunikasi penyelesaian konflik atau mengatasi krisis, menganalisis hala cara dan perancangan masa depan serta memperbaiki kerjasama semasa. Pengurusan mesyuarat yang baik akan menghasilkan objektif mesyuarat seperti yang disasarkan.

Objective:
1. Memberikan panduan persiapan sebelum, pengurusan semasa mesyuarat
dan tindakan selepas mesyuarat
2. Menjelaskan peranan semua pihak yang terlibat di dalam mesyuarat,
seperti pengerusi, ahli dan setiausaha
3. Persiapan dari segi mental dan fizikal bagi memastikan mesyuarat berjalan
dengan sempurna
4. Menguruskan perjalanan mesyuarat dengan cermat bagi menghormati
masa sesama ahli mesyuarat

Approach:
Ceramah
Perbincangan
Persembahan

CE110 Pengurusan Aset & Verifikasi Harta

Description:
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dengan lebih mendalam mengenai proses pengurusan aset (harta modal) dan inventori supaya ianya diuruskan dengan teratur dan kemaskini mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.Tujuan kursus ini juga adalah untuk memberi pengetahuan proses verifikasi harta yang melibatkan tugas-tugas memeriksa, mengira, menyemak dan merekod daftar harta. Staf juga perlu mempunyai pengetahuan dengan lebih mendalam mengenai aspek pengurusan aset dan inventori bagi memastikan penerimaan, penyimpanan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan aset dan inventori dibuat dengan teratur dan kemaskini bagi mengelak dari berlaku salah guna, pembaziran, penyelewengan dan pemborosan.

Objective:
1. Mengetahui konsep, prinsip dan tatacara pengurusan aset dan inventori.
2. Memahami dasar dan peraturan kerajaan tentang pengurusan aset dan
inventori.
3. Menyedari kepentingan pengurusan aset dan inventori dari aspek nilai
faedah terbaik (best value for money).
4. Menerap prinsip PERDANA-Amanah, Adil dan Integriti
5. Mengetahui barang-barang yang dikategorikan sebagai harta yang perlu
direkod.

Approach:
Ceramah
Latihan

CE111 Pengurusan Stres

Description:
Mengikut kajian Psikologi, tekanan diri dan kerja yang tidak dikawal serta diurus dengan baik boleh menyebabkan banyak masalah prestasi dan pencapaian kerja pekerja dan kesan negatif kepada produktiviti kerja. Oleh itu, latihan berkaitan pengurusan tekanan (stress) dan pengukuhan kawalan emosi diri amat penting untuk mengelakkan masalah-masalah seperti di atas dialami oleh individu dan menjejaskan pencapaian organisasi.

Objective:
1. Peserta dapat memahami jenis, tanda-tanda dan punca stres
2. Peserta dapat memahami kesan-kesan stres dalam kehidupan
3.Peserta dapat mengamalkan teknik pengurusan stres yang berkesan

Approach:
Ceramah
Tayangan Video
Perbincangan

CE112 Pengurusan Marah dan Emosi

Description:
Kita sebagai manusia harus bijak dalam mengendali dan mengawal kemarahan dan bagaimana untuk menangani masalah tersebut. Manusia dianugerahkan potensi diri yang diberikan oleh Allah SWT yang sangat unik iaitu panca indera, akal dan juga nafsu. Termasuk dalam nafsu ialah sifat amarah yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.

Objective:
1. Menekankan kepada peningkatan kompetensi pengawalan emosi dan
penguasaan kemahiran dalam menghadapi tekanan yang dialami oleh
individu
2. Pengukuhan kekuatan dalaman diri dalam berhadapan dengan kesukaran
dan konflik dalam kerjaya dan kehidupan seharian.
3. Membantu peserta mengawal emosi marah

Approach:
Ceramah
Tayangan Video

Further Enquiries

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message