KOMPLEKS NASYRUL QURAN, PUTRAJAYA, 18 MEI 2023 – Seramai 16 orang terdiri daripada pengurusan kanan serta staf Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM telah turut serta ke lawatan penandaarasan di pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia. Sesi lawatan ini merupakan anjuran Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi Korporat (BPKK) ILD UiTM.
Program ini memberi manfaat kepada staf yang hadir di samping dapat mengetahui cara penghasilan naskah Al-Quran yang bermutu tinggi. Kompleks ini juga menyediakan ruang kepada pelawat untuk memberi sumbangan wakaf.