KURSUS AUDIT DALAM ISO 9001:2015

24 November 2023 I Seramai 13 orang peserta telah menghadiri Kursus Audit Dalam ISO 9001:2015 selama 3 hari bermula pada 22 November 2023 sehingga 24 November 2023. Penceramah kursus adalah Prof. Madya Sr. Dr. Kartina Alauddin merupakan Ketua Sistem Audit UiTM Cawangan Perak. Program ini telah diadakan di Bilik Bestari 1, ILD UiTM Bandar Enstek. Matlamat program ini adalah untuk melatih staf sebagai persediaan untuk menjadi juru audit dalam ILD UiTM yang bertauliah pada masa akan datang.

Antara peserta yang terlibat dalam kursus ini adalah Encik Abdul Qaiyum bin Abdul Razak, YM, Raja Haswati binti Raja Mohd Alwi, Puan Siti Ainun Mardiah binti Jamaludin, Encik Mohd Saiful Nizam bin Suhaimi, Puan Hasnisah binti Ghazali, Ts. Azhar bin Mohamad Nor,Puan Farahwahida binti Mohd Slim, Puan Nor Azizah binti Hamzah, Puan Nooraziati binti Zulkafli, Encik Mohd Zahurin bin Ramli, Encik Shairwan bin Mohd Sani Saudarrajan, Encik Syed Ahmad Fazrin bin Syed Fadhil dan Encik Ahmad Harmaini bin Ali. Semua peserta perlu menjalani peperiksaan secara atas talian di Bilik Siber 1 pada akhir sesi.  Peserta yang berjaya akan diberikan sijil dari Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Program ini merupakan anjuran ILD Perak.  

 

 

Disediakan oleh:
NOOR AIMEY SHAZWANI BINTI AZHAR
Pelajar Latihan Industri (LI)

 

 

 

 

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200