Laporan Bengkel Pembentangan Program Pembangunan Kepimpinan Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam (UA)

ILD UiTM telah mewakili UiTM pada Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam (UA) pada 27-28 Januari 2022 di Royal Chulan Kuala Lumpur. 

Kesemua 20 UA telah membentangkan inisiatif pembangunan kepimpinan masing-masing.

Hasil dari pembentangan tersebut, UiTM dan UniMAS mendapat tempat pertama dari segi penilaian pembentangan dan dokumentasi.
Image
Syukur Alhamdulillah atas kemenangan ini. Pembentang UiTM pada program tersebut ialah :

Prof. Dr. Zuraidah Sanusi, Pengarah Pusat Profiling (PPP) ILD UiTM, dan

Ts. Mohd Rafizi bin Rahmad, Timbalan Pendaftar Kanan merangkap Pengarah Pusat Pembangunan Kompetensi (PPK), ILD UiTM
Image
  • Program selama dua hari ini ialah siri kedua yang diuruskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama AKEPT. Siri pertama sebelum ini telah diadakan secara dalam talian pada 1 Disember 2021 manakala siri tiga akan diadakan pada 14 hingga 16 Mac 2022 di Pusat Latihan UPNM Kem Kongkoi, Jelebu Negeri Sembilan. Penutup kepada sesi ini ialah siri ke empat yang mana peserta akan dibawa mengikuti lawatan akademik ke universiti awam terpilih yang melaksanakan amalan terbaik program pembangunan dan latihan.
  • Panel penilai sepanjang dua hari sesi diketuai oleh Pengarah AKEPT, Prof Dato’ Dr Nashrudin Mohamed dibantu tiga panel dari AKEPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UPNM. Pemilihan UiTM dan UniMAS sebagai pemenang bersama di tempat pertama, adalah satu penghormatan dan pengiktirafan KPT kepada kesemua warga UiTM. YBhg. Prof. Datuk Dr Mizan bin Hitam, PNC ILD UiTM turut hadir pada sesi pembentangan tersebut bagi mengikuti dengan lebih dekat perancangan latihan dan kepimpinan universiti awam lain.
Image

Pembentangan oleh Ts. Mohd Rafizi bin Rahmad, TPK ILD UiTM

Image

YBhg. Prof. Datuk Dr Mizan bin Hitam, PNC ILD UiTM bergambar bersama urusetia dan sebahagian peserta.

Disediakan oleh:

BPKK, ILD UiTM

31 Januari 2022

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200