KLINIK PEMANTAPAN 1/2023 BUKA GELANGGANG MEMANTAPKAN KOMPETENSI WARGA KERJA MELALUI BENGKEL NEWSFEED INSTITUT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN (ILD) UiTM BANDAR ENSTEK 

Bahagian Pentadbiran & Komunikasi Korporat (BPKK), Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek  telah mengadakan  bengkel Newsfeed yang dihadiri seramai 25 orang pada 14 Februari 2023. Sesi perbincangan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Bilik Siber 3, ILD UiTM Bandar Enstek.  Ts. Mohd Rafizi Rahmad selaku Timbalan Pendaftar Kanan juga menjalankan fungsi sebagai penceramah disusuli dengan penerangan ringkas cara penulisan Newsfeed dan turut dihadiri, Pengarah Pusat Lathan ILD Perak Encik Mohd Zahurin Ramli.

Kesemua peserta diberikan bimbingan dan semangat pada klinik ini, untuk menulis Newsfeed dan turut berazam bagi memberi sumbangan bahan berita masing-masing untuk memeriahkan lagi laman web ILD UiTM. Diharapkan bengkel ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam membuat pelaporan program masing-masing ke Newsfeed laman web ILD UiTM.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200