Oleh:

Syafifiee Binti Samat

Kejayaan sesuatu perancangan aktiviti semestinya bermula daripada kertas kerja yang baik. Umumnya, semua tahu kertas kerja disediakan untuk membentangkan segala bentuk perancangan yang telah dibincangkan dan dirangka bagi memastikan sesuatu aktiviti berjaya dilaksanakan. Rentetan daripada itu, satu kursus telah dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Kompetensi (PPK) ILD UiTM bertajuk Kursus Penulisan Minit Mesyuarat & Kertas Kerja Cemerlang yang disertai staf pentadbiran merentas pelbagai skim dan jabatan seramai 68 orang. Penceramah kursus merupakan Timbalan Pendaftar Kanan merangkap Pengarah PPK iaitu Ts. Mohd Rafizi Rahmad. Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari di ILD UiTM Bandar Enstek pada 30 hingga 31 Januari 2023. Pelaksanaan kursus ini adalah salah satu inisiatif ILD UiTM bagi memantapkan Kompetensi Generik staf pentadbiran dari aspek Penyediaan Dokumen Rasmi. Alhamdulillah, kursus telah ditamatkan dengan penilaian selepas kursus melibatkan 20 soalan objektif bagi menilai pemahaman para peserta.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200