Disediakan oleh:

Nurliyana Azib Noor, PKA ILD UiTM

Pada 21 hingga 22 Februari 2023 telah berlangsung program kerjasama Pusat Kepimpinan Akademik (PKA), ILD UiTM bersama Institut Pengajian Siswazah (IPSis) untuk berkongsi pengetahuan berkaitan penyeliaan pelajar pascasiswazah. Peserta kursus terdiri dari dalam kalangan pensyarah baharu dan lama telah diperkenalkan kepada sistem, proses penyeliaan pelajar serta prosedur pentadbiran dari mulanya pendaftaran sehinga penerimaan akhir tesis.

Sepertimana yang telah diwartakan oleh Malaysian Qualifying Agency (MQA) dalam dokumen Standards: Masters and Doctoral Degree (Edisi Kedua) pada tahun 2021, semua penyelia wajib menjalani latihan berstruktur sebelum dibenarkan menyelia pelajar pascasiswazah; justeru menjadikan Kursus Effective Postgraduate Supervision (EPS) ini syarat penting dalam membangunkan kompetensi di samping memastikan kualiti dan keberkesanan penyelia dan penyeliaan. Antara lain, tajuk perkongsian meliputi aspek peranan dan tanggungjawab penyelia, pelbagai kemahiran penyeliaan, penerbitan untuk bergraduat serta strategi untuk pelajar Graduate on Time (GOT).  Peserta turut dimaklumkan bentuk-bentuk sokongan yang disediakan oleh UiTM seperti bantuan kewangan, peluang pekerjaan sebagai pembantu penyelidik, khidmat nasihat teknikal dan lain-lain untuk para pelajar.

 Hasil kerjasama program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada peserta untuk sertai memandangkan kuota penyertaan terhad kepada 50 orang sahaja. Dijangka kursus EPS akan diadakan untuk beberapa sesi lagi pada tahun ini termasuk satu yang akan dilaksanakan secara Program Outreach PKA, ILD.

 

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200