INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) DIKUNJUNGI OLEH PIHAK INSTITUT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN (ILD) UiTM BANDAR ENSTEK

ILD UiTM telah menganjurkaan satu sesi program Lawatan Penandaarasan ke Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) pada 9 November 2022. Pihak ILD UiTM dihadiri seramai 13 orang staf dalam menjayakan program tersebut. Delegasi INTAN seramai 9 orang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Roslan Mahmood, Timbalan Pengarah Kanan INTAN. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat pendekatan yang digunakan oleh pihak INTAN dalam menawarkan kursus mengikut jawatan, medium pelaksanaan kursus serta pengoperasian dari segi kemudahan dan fasiliti INTAN.

Sesi perkongsian bermula pada 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Seri Intan, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Timbalan Pendaftar Kanan ILD UiTM sebagai ketua delegasi ILD UiTM. Program diteruskan dengan sesi menandatangi Buku Pelawat INTAN dan penyampaian cenderahati bagi kedua-dua belah pihak. Akhir sekali delegasi ILD UiTM dibawa melihat perpustakaan INTAN, bilik-bilik penginapan dan juga ruang-ruang sekitar INTAN. Program selesai pada pukul 1.00 petang.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200