Kursus Basic Drone Operation Short Course ini diadakan pada 9 Mac 2023 di UiTM Seri Iskandar. Penceramah kursus ialah Sr Fazili Anuar Md Yusuf merupakan individu  yang mahir serta berpengalaman luas dalam bidang pengendalian drone daripada Institut Tanah & Ukur Negara (INSTUN). Penyertaan peserta seramai 30 orang terdiri daripada pelbagai jawatan dari beberapa kampus UiTM.  En Syahril Anuar Husaini & En Muhamad Durrani Adenan mewakili  ILD, UiTM Bandar Enstek dalam kursus ini. Tujuan utama kursus adalah memberi pendedahan awal tentang asas kendalian drone. Antara intipati perjalanan kursus drone ini adalah kami diajar tentang sejarah kewujudannya, jenis yang terdapat dipasaran, kawasan yang dibolehkan sebagai “flight area” dan yang paling utama adalah “dos and don'ts” sewaktu pengendalian drone. Drone boleh digunakan untuk melakukan tinjauan kawasan, kemajuan projek dan rakaman dari udara dalam masa yang singkat dan hasil yang lebih baik. Kursus ini memberi manfaat  serta pengetahuan bagi para peserta agar lebih mengenali apa itu drone, serta kegunaannya dalam perkhidmatan.

 

Disediakan oleh:

En Muhamad Durrani Adenan & En Syahril Anuar Husaini

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200