KOLABORASI STRATEGIK PKA-RMC KE ARAH KEPIMPINAN KEWANGAN DAN PELAKSANAAN PROJEK KOMUNITI YANG MAMPAN

Disediakan oleh:

Nurliyana Azib Noor, PKA ILD UiTM

 

Pada 15 hingga 17 Februari 2023 yang lalu telah berlangsung program usaha sama antara Pusat Kepimpinan Akademik (PKA), ILD UiTM dengan Research Management Center (RMC) untuk meningkatkan kompetensi fungsional pensyarah di trek penyelidikan. Seramai 60 peserta yang terdiri dalam kalangan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Kolej Pengajian, barisan Timbalan Dekan dan Rektor PJI Fakulti dan Cawangan serta para Pengarah Pusat Kecemerlangan telah menghadiri kursus yang dirasmikan secara atas talian oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM.

Terdapat dua objektif utama program; pertamanya untuk memberi kefahaman bagi membolehkan peserta memacu Pusat TanggungJawab (PTJ) masing-masing laksanakan Projek Libatsama Komuniti Berimpak Tinggi, dan keduanya untuk memberi pendedahan Double Tax Deduction (DTD) agar penyelidik dan konsultan universiti dapat memanafaatkan operasi tersebut. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada ciri serta bentuk projek komuniti yang menyumbang kepada atau yang diambil-kira untuk penilaian ranking yan pelbagai (MyRA, SETARA, THE Impact, dll). Penceramah jemputan selaku pakar yang telah sudi berkongsi ilmu dalam program ini termasuklah Profesor Madya Dr. Johari Surif, Pengarah Pusat Komuniti dan Hubungan Industri (CCIN) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Dr. Azlina Hj. Affandi, Ketua Pegawai Latihan dari Humex Malaysia Skills Development Sdn. Bhd.

Hasil siri kolaborasi kali ini telah mendapat sambutan yang sangat positif dalam kalangan peserta melalui maklumbalas penilaian latihan yang telah diedarkan, justeru mencapai matlamat bengkel dalam mempertingkatkan kesedaran dan kemahiran pensyarah di pelbagai entiti penyelidikan UiTM secara keseluruhannya.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200