Seramai 20 orang staf telah hadir sesi Taklimat SKT 2023 Berasaskan Kompetensi yang telah dianjurkan oleh BPKK ILD UiTM pada 9 Februari 2023 bertempat di Bilik Sarana 5, ILD UiTM Bandar Enstek. Sesi taklimat ini melibatkan staf di bawah seliaan Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi Korporat serta Pusat Pembangunan Kompetensi. Program dimulakan dengan pemakluman berkaitan pembaharuan terhadap sistem HR2U oleh Puan Siti Ainun Mardiah Jamaludin, Penolong Pendaftar Kanan BPKK. Sesi secara interaktif juga diteruskan dengan perbincangan Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2023 bersama Encik Mohd Saiful Nizam Suhaimi, Ketua Unit Pentadbiran dan penerangan berkaitan Pelan Pembangunan Individu oleh Encik Abdul Qaiyum Abdul Razak, Penolong Pendaftar Kanan PPK. Alhamdulillah sesi yang berlangsung lebih kurang 2 jam telah mencapai matlamat yang ditetapkan.