Memperkasa Identiti dan Kerohanian Diri di dalam Organisasi
Seramai 6 orang staf ILD UiTM iaitu Encik Mohd Zahurin Ramli, Encik Shairwan Mohd Sani Saundarrajan, Puan Hanisah Ghazali, Puan Nooraziati zulkafli, Puan Nor Asyura Zakaria dan Encik Mohd Firdaos Mohd Ali Napiah telah menyertai program di Akademi NLP (Neuro-Linguistic Program) Malaysia pada 28 Januari 2023 (Sabtu) yang bertempat di Ideal Convention Centre (iDCC) Shah Alam. Program ini telah dikendalikan oleh YBhg Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali dengan gandingan Haji Md Taib Mat iaitu seorang Master Trainer NLP.
Objektif program ini adalah untuk mengenalpasti siapa diri kita yang sebenar (identiti) melalui kepercayaan, nilai dan keupayaan yang kita miliki. Selain itu memahami peranan peringkat kerohanian sebagai pemandu utama seorang insan dan mengintegrasikan kerohanian dan identiti diri untuk memampankan jati diri.
Program ini mengaplikasikan “Model Peringkat Logikal” oleh Dr Robert Dilt yang diadaptasi dari teori Maslow dengan memfokus kepada peringkat kerohanian dan identiti diri dalam hirarki manusia serta mengenai intrinsik manusia. Selain itu, program ini juga telah menunjukkan bagaimana cara warga kerja dapat meningkatkan jati diri yang berpaksikan dalaman diri yang kuat. Insyaallah di masa akan datang dengan penglibatan warga kerja ILD UiTM dalam program seperti ini ia akan memantapkan lagi jati diri warga ILD UiTM secara keseluruhannya.
It’s not how good you are, it’s how good you want to be
-Paul Raden-