PROFESSIONAL FINANCE FOR NON FINANCE

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Professional Finance for Non-Finance (ProFiNoF). Pendedahan program ini di sasarkan kepada semua kakitangan Universiti Awam Malaysia  bukan dalam bidang kewangan. Seramai lebih kurang 100 orang kakitangan Universiti Awam yang terlibat dari pelbagai Bahagian/Unit. 3 orang wakil dari ILD UiTM turut hadir iaitu Puan Nooraziati Zulkafli (Unit Polis Bantuan), Puan Hanisah Ghazali ( Unit Penginapan) dan Encik Zulizwan Bin Abdul Aziz (Fasiliti)

Ceramah di sampaikan oleh 4 orang Pegawai Kewangan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Puan Siti Amira Shukor, Puan Mazitah Ahmad, Puan Yusnawati Mat Isa, En. Mohd Akhi Abu Bakar. Program turut di selitkan dengan Forum yang di sampaikan oleh  En Azmi Bin Zainal ( Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh Berhad), YBhg. Dato` Nur Aliyah Karen ( Founder Of Yayasan Health On World) dan YBhg. Hj Mohamad Syahnis Salleh ( Ahli Lembaga Pengarah Pusat Wakaf MAIWP).

Penceramah telah mengupas beberapa tajuk berkaitan kewangan seperti Anggaran Berpelanjaan Tahunan, Pengurusan Hasil, Pembayaran dan Pengurusan stor.

Alhamdulillah kursus yang di adakan pada 23 hingga 24 November 2022 yang lalu selama 2 hari berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif penganjur.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200