Penginapan ILD UiTM @ Booking.com

 

Seramai 5 orang staf ILD UiTM iaitu Puan Norhaida Awang, Encik Ali Ahmad, Puan Hanisah Ghazali, Puan Suzana Abd Ghani dan Cik Mazlina Saleh telah terlibat dalam sesi perkongsian (TOT) bagi pendaftaran bilik penginapan Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek ke dalam laman web Booking.com pada 12-13 September 2023 (Selasa dan Rabu) yang bertempat di Bilik Siber 1 ILD UiTM Bandar Enstek. Sesi perkongsian ini telah dikendalikan oleh Puan Liara Azniza Binti Abdul Aziz iaitu salah seorang pegawai dari Hotel UiTM Shah Alam yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan penjualan bilik Hotel UiTM di dalam Booking.com serta mempunyai pengalaman yang luas dalam skop front office.

 

Inisiatif ini adalah salah satu dalam pelan tindakan Perancangan Strategik ILD UiTM 2023 untuk menjalankan inisiatif penjanaan pendapatan dengan hasil sewaan bilik penginapan ILD UiTM menggunakan medium atas talian melalui laman web Booking.com. Di samping itu, sesi perkongsian ini juga telah memberi panduan kepada Unit Penginapan dan Unit Kewangan & Penjanaan (UKP) dalam menguruskan jualan bilik penginapan ILD UiTM ke dalam medium ini.

 

Oleh itu, melalui sesi perkongsian ini ILD UiTM telah berjaya mendaftarkan premis ILD UiTM ke dalam laman web Booking.com pada 13 September 2023. Harapan ILD UiTM di masa akan datang agar inisiatif penjanaan pendapatan seperti ini akan memberikan manfaat serta imej yang baik kepada UiTM secara amnya dan kepada ILD UiTM secara khususnya dalam memperkasakan UiTM ke persada global.

 

 

 

 It’s not how good you are, it’s how good you want to be.

-Paul Raden-

 

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200