17 OKTOBER 2023 I SELASA

Seramai 30 orang peserta telah menghadiri Klinik Pemantapan Tadbir Urus ‘KAEDAH DAN TEKNIK AZAN’ yang telah berlangsung di ILD UiTM Bandar Enstek. Peserta kursus terdiri daripada staf ILD UiTM Bandar Enstek, ILD Perak serta pihak konsesi. Ustaz Mohammad Nasrul Arif Roslan, Imam 1, Masjid Bandar Enstek merupakan penceramah untuk program ini.

Peserta program telah diajar cara dan teknik azan yang betul. Setiap peserta diuji dan perlu menjalani praktikal azan. Cetusan program ini merupakan ilham dari YBhg. Profesor Datuk Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor. Menurut beliau menyatakan harapan agar seruan azan Zohor diteruskan sampai bila-bila meskipun beliau sudah tiada lagi di ILD UiTM pada masa akan datang. Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Timbalan Pendaftar Kanan telah membuat ucapan pembukaan pada program tersebut.

CONTACT US

Institut Kepimpinan dan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Lebuh Enstek,Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan


https://ild.uitm.edu.my

Tel(+606) 7580 200